Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak [VIDEO]

“Cik Lan Ajak Pergi Night Walk Lagi”

Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak [VIDEO]

Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak [VIDEO]

Semalam, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz telah menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya. Video tersebut memaparkan dirinya sedang menyanyikan sebuah lagu di dalam tandas tanpa memakai baju.

Aliff Aziz atau nama penuhnya, Mohammad Aliff Aziz telah mendendangkan lagu kumpulan Ukays iaitu “Siapa Yang Merampas Cintamu”. Di bahagian kapsyen, Aliff memberitahu bahawa gema bilik air membuatkan nyanyianya lebih merdu dan berikan mood yang berbeza.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuklah ada segelintirnya memuji kelunakan suara penyanyi itu.

“Suara sebagus ini harus didengari lagi di pents besar. Ayuh comeback stronger.”

“MasyaAllah suara @iamaliffaziz sedap. Bila nak keluar lagu baru.”

“Wow… Nyanyi dalam toilet pun sedap. Memang suara dia unik dan lunak.”

“Alunan lagu dan suara yang mantap, walaupun tanpa iringan muzik. Itulah Aliff Aziz. Terima kasih kepada yang masih menyokong. Semoga Aliff dan penyokong-penyokong yang sentiasa mendoakan Aliff diberikan kesihatan dan limpahan rezeki. Aamiin.”

View this post on Instagram

A post shared by Mangobossku (@the_godfather_mangobossku)

Namun beberapa komen lain pula mengusik mengenai bagaimana pelakon Roslan Shah, dikenali sebagai Cik Lan bergurau mahu didukungi oleh Aliff ketika mereka melakukan aktiviti paranormal pada bulan lepas.

“Cik Lan cakap teringin haritu, kemain Cik Lan. Suka tengok time tu Cik Lan asyik kacau je.”

“Cik Lan teringin nak peluk.”

“Suara sedap, muka ensem, badan saado, bergetar tulang rusuk Cik Lan tengok.”

“Aliff, Cik Lan ajak go for nite walk again at Botanical Garden. Power lah Alif! Sexy sangat!”

“Cik Lan intai.”

Untuk rekod, Aliff Aziz pernah berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Mereka telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas Aliff terlibat dalam kes tangkap khalwat dengan aktres Ruhainies dan beberapa isu peribadi berkaitan rumah tangga mereka.

Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker