Lelaki maut lepas rogol, samun wanita di Wangsa Maju
Lelaki maut lepas rogol, samun wanita di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika hendak diberkas kerana disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol di sebuah kediaman di Wangsa Maju, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri dengan menyerang anggota polis yang hendak memberkasnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pecah rumah di lokasi berkenaan.
“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke lokasi dan memanggil penghuni rumah, namun tiada jawapan diterima.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Fadil berkata, suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes samun secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging dan cuba menetak anggota polis, menyebabkan berlaku pergelutan.
“Anggota polis berjaya mengelak sebelum suspek menumbuk muka dan menggigit tangan salah seorang daripada mereka.
“Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya ditahan,” katanya.
Beliau berkata, selepas ditangkap, suspek mengadu sesak nafas dan bantuan kecemasan ambulans dipanggil ke lokasi tetapi pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba 40 minit kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.
“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dan mendapati punca kematian masih dalam siasatan dan laporan makmal telah dipohon bagi mengenal pasti punca sebenar.
“Pemeriksaan forensik juga tidak menemui sebarang kecederaan nyata pada tubuh badan suspek,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut mendapati semasa kejadian, empat wanita tempatan berada di dalam rumah berkenaan.
“Suspek mengikat tangan kesemua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama.
“Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol sebanyak dua kali termasuk di bilik mandi. Keempat-empat mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan,” katanya.
Fadil berkata, dalam kejadian sama, suspek turut melarikan wang tunai RM200 serta kad ATM milik mangsa sebelum melakukan serangan tersebut.
Lelaki maut lepas rogol, samun wanita di Wangsa Maju
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.