Lapan individu termasuk tiga beranak tak mengaku salah kurung 3 lelaki

KOTA BHARU: Lapan individu termasuk tiga beranak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengurung tiga lelaki dan bersubahat di Pasir Puteh pada 25 September lalu.

Semua tertuduh adalah Norhazri Muhammad Nor, 45; Hazafee Mohamed, 37; Mohd Hasrun Mohd Yusof, 37; Mohd Fairuz Mahasan, 41; Muhammad Danish Syahmi Norhazri, 22; Muhammad Darwish Syahmi Norhazri, 20; Muhammad Najmuddin Ahmad Zamri, 21, dan Marliziana Mohd Ramli, 37.

Mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Mengikut pertuduhan bagi tertuduh pertama hingga ketujuh, semua mereka didakwa secara bersama mengurung tiga lelaki berusia 23 hingga 30 tahun dengan niat untuk memeras harta di sebuah rumah di Jalan Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh jam 4 pagi pada 25 September lalu.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Marliziana pula didakwa secara berasingan atas pertuduhan bersubahat mengurung mangsa sama dengan menyimpan rahsia berkenaan di perhentian bas, Pasar Peringat Kota Bharu jam 4 petang pada 25 September.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 347 Kanun sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad dan semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Lapan individu termasuk tiga beranak dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mengurung tiga lelaki dan bersubahat di Pasir Puteh. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Terdahulu, Nursyafiqah tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala Mohd Azrul memohon jaminan ditawarkan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian memutuskan empat tertuduh iaitu tertuduh pertama hingga keempat tidak ditawarkan jaminan, manakala tertuduh kelima hingga ketujuh ditawarkan jaminan RM5,000 seorang, sementara Marliziana pula ditawar jaminan RM4,000.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Mahkamah menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

4 tertuduh didakwa rompak guna senjata api

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, empat daripada lapan tertuduh berkenaan turut didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan dan menunjukkan senjata api di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 25 September lalu.

Empat tertuduh berkenaan, Norhazri, Hazafee, Mohd Hasrun dan Mohd Fairuz mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh secara bersama dengan niat melakukan rompakan dan menunjukkan senjata api jenis pistol Revolver .38 sehingga mendatangkan ketakutan kepada tiga individu di bawah jambatan Gong Kulim, Pasir Puteh jam 4.35 petang pada 25 September.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 40 tahun serta enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi.

Semua tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah menetapkan 9 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Lapan individu termasuk tiga beranak dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mengurung tiga lelaki dan bersubahat di Pasir Puteh. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Lapan individu termasuk tiga beranak dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mengurung tiga lelaki dan bersubahat di Pasir Puteh. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Terdahulu, Nursyafiqah tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala Mohd Azrul memohon jaminan ditawarkan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian memutuskan empat tertuduh iaitu tertuduh pertama hingga keempat tidak ditawarkan jaminan, manakala tertuduh kelima hingga ketujuh ditawarkan jaminan RM5,000 seorang, sementara Marliziana pula ditawar jaminan RM4,000.

Mahkamah menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

4 tertuduh didakwa rompak guna senjata api

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, empat daripada lapan tertuduh berkenaan turut didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan dan menunjukkan senjata api di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 25 September lalu.

Empat tertuduh berkenaan, Norhazri, Hazafee, Mohd Hasrun dan Mohd Fairuz mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh secara bersama dengan niat melakukan rompakan dan menunjukkan senjata api jenis pistol Revolver .38 sehingga mendatangkan ketakutan kepada tiga individu di bawah jambatan Gong Kulim, Pasir Puteh jam 4.35 petang pada 25 September.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 40 tahun serta enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi.

Semua tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah menetapkan 9 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Lapan individu termasuk tiga beranak tak mengaku salah kurung 3 lelaki

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker