Indonesia tak gentar lawan Arab Saudi

Indonesia tak gentar lawan Arab Saudi

Indonesia tak gentar lawan Arab Saudi
JURULATIH Indonesia, Patrick Kluivert. FOTO REUTERS

Jeddah: Patrick Kluivert menggesa barisan pemain Indonesia agar tidak gentar dengan suasana panas di Stadium King Abdullah Sports City yang penuh sesak di Jeddah apabila mereka menentang tuan rumah, Arab Saudi dalam aksi kelayakan Piala Dunia, Khamis ini.

Indonesia kini berusaha untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak merdeka daripada Belanda pada tahun 1949, dan perlawanan menentang Arab Saudi serta Iraq dalam tempoh empat hari akan datang bakal menentukan nasib mereka.

Skuad bimbingan Kluivert akan memulakan saingan peringkat keempat kelayakan Asia menentang pasukan kendalian Herve Renard itu dengan mengetahui bahawa tempat teratas dalam kumpulan membabitkan tiga pasukan akan menjamin tiket automatik ke pusingan akhir di Amerika Utara tahun depan.

“Saya tidak takut kerana jika anda takut, anda menunjukkan kelemahan. Jika kami menunjukkan kelemahan, itu memberi kekuatan kepada lawan.

“Kami tahu kehebatan dan kekuatan Arab Saudi, terutamanya apabila mereka bermain di tempat sendiri, tetapi kami perlu kekal fokus. Cara berfikir adalah perkara paling penting iaitu untuk kekal tenang dalam situasi yang tegang,” kata bekas penyerang Barcelona dan Belanda itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Indonesia sudah dua kali bertemu Arab Saudi sebelum ini iaitu seri 1-1 di Jeddah pada September lalu sebelum menang 2-0 di Jakarta dua bulan kemudian.

Kedua-dua keputusan itu dicapai di bawah kendalian bekas jurulatih, Shin Tae-yong, yang digantikan oleh Kluivert pada Januari lalu.

Jurulatih dari Belanda itu meraih keputusan tidak menentu sejak mengambil alih tugas, termasuk kekalahan besar kepada pasukan yang sudah layak ke Piala Dunia iaitu Jepun dan Australia, namun turut mencatat kemenangan ke atas China dan Bahrain bagi menghidupkan peluang Indonesia.

Bagaimanapun, Indonesia akan turun tanpa penjaga gol utama, Emil Audero dan penyerang, Marselino Ferdinan yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Arab Saudi pada November lalu, sementara penyerang, Ole Romeny juga belum pasti dapat beraksi.

Indonesia tak gentar lawan Arab Saudi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker