Henderson akui tersilap langkah tinggalkan Liverpool

Henderson akui tersilap langkah tinggalkan Liverpool

Henderson akui tersilap langkah tinggalkan Liverpool
HENDERSON menjalani latihan bersama skuad England. -FOTO Reuters

London: Jordan Henderson kini kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beraksi cemerlang bersama Brentford, sekali gus hampir pasti tersenarai dalam skuad England bimbingan Thomas Tuchel menjelang Piala Dunia.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu bakal meraih penampilan ke-86 bersama England apabila menentang Wales dalam aksi persahabatan di Stadium Wembley, esok ini, namun mengakui masih menyimpan parut daripada detik paling sukar dalam kariernya termasuk kesilapan yang berpunca daripada dirinya sendiri.

Buat pertama kali, bekas kapten Liverpool itu menceritakan secara terbuka mengenai perjuangannya menyesuaikan diri selepas meninggalkan kelab yang disertainya selama 12 tahun.

Henderson mengakui, selepas meninggalkan dari Anfield, dia tidak sanggup menonton bekas pasukannya itu beraksi walaupun di televisyen.

Namun, keputusan itu terbukti menjadi bencana besar dari segi reputasi. Henderson yang sebelum ini terkenal memperjuangkan hak komuniti LGBTQ mengakui dia tersilap langkah.

Menyedari perpindahan itu satu kesilapan, baik secara peribadi mahupun profesional, Henderson kemudian berpindah ke Ajax sebelum kembali semula ke kancah EPL bersama Brentford pada musim panas lalu.

Ketika ditemui media di St George Park, Henderson kelihatan tenang namun berubah serius apabila diajukan soalan mengenai pemergiannya dari Liverpool pada 2023 kelab yang pernah dipimpinnya menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan EPL.

“Ia tempoh yang sangat sukar bagi saya. Saya berada di Liverpool selama 12 tahun, ia sebahagian besar hidup saya. Apabila saya meninggalkan kelab itu, semuanya hilang sekelip mata, dan saya memang bergelut untuk menyesuaikan diri.

“Saya tak boleh tengok banyak perlawanan, terutama perlawanan Liverpool. Saya berada jauh di sana (Arab Saudi), jadi mungkin itu tempat yang sesuai untuk ‘menyembuhkan diri’. Ia terasa seperti perpisahan yang menyakitkan,” katanya.

Henderson turut mengakui, menyertai bekas rakan sepasukan Steven Gerrard di Al-Ettifaq adalah langkah yang salah dan dia sepatutnya memilih laluan berbeza seperti ke Serie A di Itali, atau terus ke Ajax sejak awal.

 

Henderson akui tersilap langkah tinggalkan Liverpool


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker