Gattuso simpati nasib rakyat Gaza menjelang aksi bertemu Israel

Gattuso simpati nasib rakyat Gaza menjelang aksi bertemu Israel

Gattuso simpati nasib rakyat Gaza menjelang aksi bertemu Israel​_
GATTUSO sedang mempersiapkan pasukan untuk aksi kelayakan Piala Dunia. FOTO REUTERS

Milan: Gennaro Gattuso meluahkan rasa pilu terhadap perang yang sudah berlarutan selama dua tahun di Gaza menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026, termasuk satu perlawanan menentang Israel.

Skuad Azzurri akan menentang Estonia di Tallinn, Ahad ini, namun tumpuan utama terarah kepada pertembungan menentang Israel di Udine Selasa depan, selepas gelombang besar protes pro-Palestin diadakan di seluruh Itali minggu lalu.

Pada Jumaat lalu berlaku hari mogok nasional sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin apabila para penunjuk perasaan berhimpun di pusat latihan kebangsaan Itali di Florence menuntut agar perlawanan itu dibatalkan, dan dijangka lebih banyak protes akan berlaku di Udine menjelang perlawanan minggu depan.

“Kami tahu kami perlu bermain kerana jika tidak, kami akan kalah 0-3… Saya ulangi, sangat menyedihkan melihat apa yang berlaku kepada orang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak. Ia benar-benar menyakitkan hati saya melihat semua itu,” kata Gattuso kepada pemberita, hari ini.

Itali menjadi lokasi kepada antara protes terbesar di Eropah hujung minggu lalu terhadap serangan berterusan Israel di Gaza, yang tercetus dua tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Disebabkan kadar kematian dan kemusnahan yang semakin meningkat di Gaza, semakin banyak pihak menyeru agar Israel digantung daripada menyertai acara sukan antarabangsa.

Jualan tiket untuk perlawanan Rabu depan juga perlahan, dengan dijangka banyak tempat duduk kosong di Stadium Bluenergy yang akan akan dikawal ketat.

“Keadaan tidak akan mudah kerana akan ada sekitar 10,000 orang di luar stadium dan hanya 5,000 hingga 6,000 di dalam.

“Kami mahu layak ke Piala Dunia dan saya lebih suka bermain di tempat sendiri di hadapan penyokong yang bersemangat seperti ketika kami menewaskan Estonia 5-0 di Bergamo bulan lalu,” kata Gattuso lagi.

Itali, yang gagal layak ke dua edisi terakhir Piala Dunia, kini berada di tangga kedua Kumpulan I dengan sembilan mata – sama seperti Israel dan enam mata di belakang pendahulu Norway – namun masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding dua pesaing utama itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada tahun depan, manakala pasukan di tangga kedua akan beraksi di pusingan play-off.

Pada September lalu, Itali menewaskan Israel 5-4 dalam perlawanan tegang yang berlangsung di Hungary, lokasi di mana pasukan kebangsaan Israel bermain perlawanan ‘di laman sendiri’ sejak negara itu melancarkan serangan di Gaza.

Gattuso simpati nasib rakyat Gaza menjelang aksi bertemu Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker