Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!
“Memang Rasa Bersalah Kalau..”
Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!
Pelakon, Elfira Loy mengakui perjuangan para aktivis dan sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla bukanlah satu perkara yang mudah.
“Tapi Bila Tengok Diorang Kena Tangkap Dan Diseksa…”
Kongsi Elfira, dia akui pada mulanya mahu menyertai misi kemanusiaan tersebut, namun dirinya tidak kuat selepas melihat para sukarelawan ditangkap dan diseksa, malah anak-anak dan ahli keluarga turut diganggu Rejim Zionis.
“Masa awal-awal diorang start Sumud Flotilla. Tengok macam best je, semangat! Sampai kiteorang ada berbual, ‘Nak tak pergi Gaza’. El cakap, ‘Nak! El nak experience tu, InsyaAllah kuat’.
Tapi bila tengok diorang kena tangkap dan diseksa. SubhanAllah tak nak, takut, tak kuat, anak-anak, family lagi diorang kacau.”-tulis Elfira Loy di Thread
Rasa Bersalah Jika Tidak Berbuat Apa-Apa & Boikot
Tambah Elfira, dia yang menyifatkan para sukarelawan itu telah mempertaruhkan hidup demi misi kemanusiaan itu akan merasa bersalah jika tidak melakukan apa-apa dan boikot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Perjuangan mereka memang tak mudah. Mereka pertaruhkan hidup!.
Memang rasa bersalah kalau kita tak buat apa dan tak boikot.”-tulis Elfira lagi
Difahamkan, kesemua 23 aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA) Terminal 1 pada jam 9.45 malam ini.
Mereka sebelum ini ditahan Rejim Zionis ketika dalam perjalanan ke Gaza sebelum berjaya dibebaaskan hasil rundingan diplomatik kerajaan Malaysia dan beberapa negara.
Antara sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan GSF adalah pelakon dan penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah, Farah Lee, Danish Nazran Murad, Zizi Kirana, Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, Rusydi Ramli, Razali Awang, Ardell Aryana, PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak, Zainal Rashid, Ustaz Muhammad, Muhammad Hareez Adzrami, Muhd Haikal Luqman Zulkefli. Taufiq Mohd Razif.
Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.