Polis siasat dakwaan pocong curi duit penduduk
Polis siasat dakwaan pocong curi duit penduduk

JAKARTA – Polis Sukatani, wilayah Jawa Tengah menyiasat video tular di media sosial yang mendakwa penduduk melihat kelibat dipercayai pocong di sebuah kampung di Bekasi, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Ketua Polis Sukatani, Asisten Komisioner Indratno berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan bersama pegawai kampung, tokoh agama dan sejumlah penduduk ke lokasi yang diyatakan.
“Hasil siasatan mendapati bahawa tiada pocong yang dilihat secara langsung. Ia hanyalah dakwaan penduduk,” katanya sambil menambah, dakwaan itu tidak benar.
Seorang tokoh agama setempat, Ustaz Warna berkata, isu tersebut sekadar dibesar-besarkan oleh penduduk.
Sebelum itu, beberapa video tular mendakwa bahawa penduduk melihat lembaga menyerupai pocong berhampiran sebatang pokok kelapa.
Seorang penduduk juga mendakwa bahawa pocong menjadi penyebab wang sebanyak 500,000 rupiah (RM127) miliknya hilang.
Ketua Rukun Tetangga, Nalih berkata, penduduk berkenaan sudah membuat penjelasan bahawa wangnya tidak hilang dan ia tiada kaitan dengan isu pocong.
Justeru, Indratno berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin mengenai penampakan aneh sebelum memeriksa kesahihannya. – AGENSI
Polis siasat dakwaan pocong curi duit penduduk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.