Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja! [VIDEO]
“Bila Nak Dapat Baby?”
Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja! [VIDEO]
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang membaca komen netizen mengenai ‘bilakah mahu mendapatkan cahaya mata’. Namun apa yang dilakukan Fattah adalah menyanyikan semula komen netizen dan mengajak Amira untuk membuat lagu dengan lirik tersebut.
@mimpi_syakilla Bila Kau Nak Dapat Baby. Kita doakan yang baik-baik ya 💙🤍
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga tidak sabar jika suatu hari nanti Amira Othman berbadan dua.
“lagu bila nak kahwin dah ada, nanti keluar lagu bila nak dapat anak pula hahaha”
“semoga dapat baby kembar”
“tunggu 9 bulan lagi dapat lah bang long hehehe”
“fuhh lagu, takpe kita tunggu baby morocco ehh”
“sedap pulak lagunya tu”
Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Pada 14 september 2025, Fattah Amin sah menjadi suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara yang dikenali ramai iaitu Amira Othman dengan perkahwinan yang ditonton seluruh rakyat Malaysia secara langsung.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki
Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.