Sambutan wira buat Salah di Mesir

Sambutan wira buat Salah di Mesir

Sambutan wira buat Salah di Mesir
SALAH tetap menjadi sandaran Mesir untuk layak ke Piala Dunia. FOTO Reuters

Kaherah: Mohamed Salah disambut bagai wira di Kaherah semalam apabila peminat dan pelajar sekolah berkumpul di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan penyerang Liverpool itu menjelang aksi kelayakan penting Piala Dunia buat Mesir.

Laungan “Salah! Salah!” bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ketika penyokong muda mengibarkan bendera dan memegang sepanduk menyambut bintang kesayangan mereka.

Sambutan hangat itu hadir selepas Salah gagal merangkul anugerah Ballon d’Or bagi pemain terbaik dunia musim ini, apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dalam undian.

Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) mengeluarkan kenyataan sejurus ketibaannya, memuji status antarabangsa serta ketabahan Salah.

“Anda yang terbaik dalam setiap bahasa, dan tinggal selangkah ke arah impian,” kata EFA, merujuk kepada perlawanan penting Mesir menentang Djibouti dan Guinea-Bissau, yang mampu mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2026.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Salah, 33, menjaringkan 34 gol dan mencatat 23 bantuan gol dalam 52 penampilan bersama Liverpool musim lalu, sekali gus membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris. Dia turut meraih pelbagai anugerah individu, termasuk Pemain Terbaik Liga Perdana.

Kedudukan keempat dalam undian Ballon d’Or merupakan pencapaian terbaiknya setakat ini, di belakang pemenang anugerah Ousmane Dembele, Lamine Yamal, dan Vitinha.

Penyerang itu tidak menghadiri majlis anugerah yang berlangsung di Paris. Beliau dijangka menyertai sesi latihan penuh pasukan Mesir hari ini.

Mesir kini mendahului Kumpulan A dalam saingan kelayakan Piala Dunia Zon Afrika dengan 20 mata. Kemenangan ke atas Djibouti pada 8 Oktober nanti akan mengesahkan kemaraan mereka ke Piala Dunia buat kali keempat.

Sambutan wira buat Salah di Mesir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker