Redah lebih 100km semata-mata mahu memadu asmara dengan janda

Redah lebih 100km semata-mata mahu memadu asmara dengan janda

Redah lebih 100km semata-mata mahu memadu asmara dengan janda
PENGUAT kuasa JAINJ menyerbu sebuah hotel dan menahan lelaki serta pasangan yang disyaki berkhalwat. FOTO Ihsan JAINJ

BATU PAHAT: Lelaki berstatus suami orang manakala pasangannya seorang janda muda sanggup menempuh perjalanan lebih 100 kilometer (km) semata-mata mahu bermadu asmara sebelum mereka dicekup dalam bilik sebuah hotel di bandar ini, tengah malam semalam.

Lelaki berusia 50-an berjawatan sebagai pegawai manakala pasangan bekerja di sebuah syarikat swasta dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 12 tengah malam.

Menurut JAINJ, mereka berdua dikatakan berpakat datang dari sebuah negeri dengan lelaki itu memberi alasan untuk menghadiri kursus selain tertarik dengan makanan sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di daerah ini.

“Lelaki terbabit sudah beristeri dan mempunyai anak manakala wanita berstatus janda muda kerja di syarikat swasta tetapi tiada anak.

“Pasangan ini datang dari sebuah negeri yang jaraknya lebih 100km sempena cuti hujung minggu. Lelaki mengatakan pada isteri yang dia ada kursus di Batu Pahat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


“Isteri pula tidak mengesyaki apa-apa kerana majikan selalu hantar suaminya menghadiri kursus di luar kawasan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pasangan ini sudah lama berkawan dan berhubungan tanpa dihidu isteri lelaki itu kerana mereka pandai menjaga rahsia masing-masing.

“Apabila ditanya kenapa memilih Batu Pahat sebagai destinasi untuk melakukan perbuatan ini, lelaki itu hanya menjawab dia tertarik dengan makanan di sini.

“Penguat kuasa JAINJ sudah merekodkan keterangan dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997,” katanya.

Redah lebih 100km semata-mata mahu memadu asmara dengan janda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker