Pesara cacat penglihatan rugi lebih RM400,000 diperdaya sindiket ‘phone scam’

Pesara cacat penglihatan rugi lebih RM400,000 diperdaya sindiket ‘phone scam’

Pesara cacat penglihatan rugi lebih RM400,000 diperdaya sindiket 'phone scam'
Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara lelaki cacat penglihatan kerugian sebanyak RM431,742 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pada 24 Jun lalu, mangsa yang berusia 73 tahun menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans.

Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans kesihatan palsu dan bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Mangsa yang buta bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan. Dia kemudiannya disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai polis.

“Selain tuntutan insurans palsu, mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram. Suspek mengarahkan mangsa supaya membuka satu akaun bank baharu untuk tujuan siasatan dan tidak dibenarkan menggunakan akaun berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Azli berkata, mangsa yang bimbang dikenakan hukuman penjara meminta isterinya membuka akaun baharu dan memindahkan semua wang simpanan dia dan isteri ke akaun baharu berkenaan.

Bagaimanapun, pada 25 September lalu dia memaklumkan perkara itu kepada anaknya yang bertindak memeriksa akaun baharu berkenaan.

“Semakan mendapati terdapat aktiviti pemindahan wang berjumlah RM431,742 secara berperingkat dari tempoh 6 Julai hingga 14 Ogos lepas dari akaun baharu mangsa ke akaun tidak dikenali.

“Mangsa yang kehilangan semua wang simpanan membuat laporan polis tengah hari semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Seorang pesara lelaki cacat penglihatan kerugian sebanyak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker