Pemain ‘buangan’ Man United terus menyinar di Itali
Pemain ‘buangan’ Man United terus menyinar di Itali

Milan, Itali: Rasmus Hojlund sekali lagi menjadi wira buat Napoli apabila menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Serie A yang menyaksikan juara bertahan itu menang 2-1 ke atas Genoa sekali gus melonjakkan pasukannya ke tangga teratas liga.
Selepas mencipta dua gol ketika menentang Sporting Lisbon pada pertengahan minggu, Hojlund sekali lagi menyinar apabila menjaringkan gol kemenangan 15 minit sebelum tamat perlawanan. Dia menyambar bola muntah selepas rembatan kencang Andre-Frank Anguissa ditepis keluar oleh penjaga gol Genoa, Nicola Leali.
Penyerang berusia 22 tahun itu kini menjaringkan empat gol sejak berpindah ke Napoli dari Manchester United.
Napoli mengumpul 15 mata daripada enam perlawanan liga, berkongsi mata dengan Roma yang menang 2-1 ke atas Fiorentina, namun Napoli mendahului menerusi perbezaan gol.
“Tugas saya dan pasukan untuk menang sebanyak mungkin perlawanan, jadi yang penting sekarang adalah terus bekerja keras, pulih, dan fokus kepada perlawanan seterusnya,” kata Hojlund kepada DAZN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Jurulatih Napoli, Antonio Conte, pada awalnya bercadang untuk mengeluarkan Hojlund kerana keletihan selepas aksi Liga Juara-Juara, namun berubah fikiran selepas berbual dengan penyerang Denmark itu.
“Saya rasa dia tanya saya sama ada saya letih dan masih boleh bermain, saya jawab saya masih bertenaga dan segar, jadi saya kata ‘ya, biar saya terus bermain’,” tambah Hojlund.
Namun, Napoli terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan itu selepas ketinggalan pada separuh masa. Jeff Ekhator, remaja berbakat Genoa, membuka jaringan dengan gol keduanya dalam Serie A.
Napoli menyamakan kedudukan pada minit ke-57 apabila Anguissa menyumbat masuk bola dalam satu kekalutan di depan gawang.
Napoli akan kekal di puncak liga sepanjang tempoh rehat antarabangsa, hasil kegagalan Christian Pulisic menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan Milan menentang Juventus yang berakhir 0-0, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Pulisic mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Milan di hadapan di Turin selepas Santiago Gimenez dijatuhkan oleh Lloyd Kelly tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula.
Penyerang Amerika Syarikat itu kelihatan kecewa selepas sepakan penaltinya melambung tinggi, menamatkan rentetan lima kemenangan berturut-turut Milan dan membuka jalan untuk Napoli merampas semula kedudukan teratas.
Pemain gantian Rafael Leao juga mensia-siakan peluang keemasan pada masa kecederaan selepas menerima hantaran Luka Modric. Milan kini jatuh ke tangga ketiga, dua mata di belakang Napoli dan Roma.
“Kami sepatutnya menang, kami ada peluang, tapi ada sesuatu yang kurang. Kami perlu berikan lebih lagi,” kata Adrien Rabiot, yang kembali ke Stadium Allianz bersama Milan selepas lima tahun bersama Juve.
“Ini baru permulaan musim, tapi menang di sini pasti akan jadi sesuatu yang penting.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Terdahulu, Matias Soule dan Bryan Cristante masing-masing menjaringkan gol dalam separuh masa pertama ketika Roma mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Serie A, selepas bangkit daripada ketinggalan akibat gol roket Moise Kean pada minit ke-14.
Pemain ‘buangan’ Man United terus menyinar di Itali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.