Pemain Barcelona geleng kepala kena belasah

Pemain Barcelona geleng kepala kena belasah

Pemain Barcelona geleng kepala kena belasah
AKSI Lewandowski melakukan sepakan penalti yang terkena tiang. FOTO Reuters

Barcelona: Juara Sepanyol, Barcelona mengalami kekalahan mengejut apabila dibelasah 1-4 oleh Sevilla dalam aksi La Liga semalam dengan Alexis Sanchez menjaringkan gol menentang bekas kelabnya dan Robert Lewandowski gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kekalahan liga pertama musim ini menyaksikan Barcelona jatuh ke tangga kedua, dua mata di belakang musuh ketat, Real Madrid, yang menewaskan Villarreal pada Sabtu. Sevilla pula melonjak ke tangga keenam liga.

Real Betis naik ke tangga keempat selepas menewaskan Espanyol 2-1, hasil sepakan penalti yang diselamatkan oleh penjaga gol mereka, Pau Lopez, bekas pemain kelab Catalan itu pada masa kecederaan.

Atletico Madrid pula terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Celta Vigo selepas Clement Lenglet dibuang padang pada separuh masa pertama, dan kini berada di tangga kelima.

Pemain veteran Chile, Alexis Sanchez membuka jaringan buat Sevilla menerusi sepakan penalti awal permainan, sebelum Isaac Romero menggandakan kedudukan selepas sebelum itu mensia-siakan dua peluang baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Marcus Rashford merapatkan jurang buat Barca sebelum tamat separuh masa pertama, namun Lewandowski mensia-siakan peluang terbaik pasukannya untuk menyamakan kedudukan apabila sepakan penaltinya tersasar.

Jose Carmona dan Akor Adams melengkapkan kemenangan bergaya Sevilla pada penghujung perlawanan, ketika skuad bimbingan Hansi Flick tewas dalam kekalahan besar yang jarang berlaku.

“Separuh masa pertama kami sangat teruk. Saya rasa kami tidak pernah bermain seteruk ini dan kami perlu bersikap kritikal terhadap diri sendiri,” kata pemain tengah Barca, Pedri Gonzalez kepada saluran media kelab.

Flick bagaimanapun mempertahankan pasukannya walaupun tewas, dan berkata beliau berpuas hati dengan reaksi mereka pada separuh masa kedua.

“Ini cuma satu perlawanan dan kami kalah, kami kena teruskan,” katanya.

Barcelona masih lagi dalam keadaan kecewa selepas kekalahan lewat kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis dan mereka juga kehilangan bintang muda Lamine Yamal yang cedera.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

“Pada separuh masa pertama, kami tak tahu cara untuk bertahan dengan baik atau menyerang dengan baik,” kata Pedri kepada Movistar mengenai persembahan hambar pasukannya.

Segalanya bermula apabila Ronald Araujo menjatuhkan Romero dengan cara yang tidak kemas dalam kotak penalti, sekaligus menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.

Sanchez menyempurnakan sepakan itu dengan tenang, menghantar Wojciech Szczesny ke arah bertentangan dan meletakkan pasukan Matias Almeyda di hadapan.

Romero kemudian menjaringkan gol kedua Sevilla dengan rembatan rendah ke penjuru gol hasil hantaran Ruben Vargas, selepas benteng Barca sekali lagi gagal dikawal.

Rashford kemudiannya menyambut hantaran silang Pedri dan merembat voli ke gawang Sevilla pada masa tambahan separuh masa pertama, gol La Liga pertamanya.

Sebelum pertemuan ini, Sevilla hanya menang satu perlawanan liga di Estadio Ramon Sanchez-Pizjuan sepanjang 2025, dan ketegangan mula kelihatan apabila Barca mula memberi tekanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Namun, harapan Barcelona untuk bangkit berkecai apabila pemain gantian Sevilla, Adnan Januzaj, menjatuhkan Alejandro Balde dalam kotak penalti. Sepakan penalti diberikan, tetapi Lewandowski yang kelihatan gugup melakukan dua kali ‘stutter’ dalam larian sebelum melepaskan sepakan tersasar ke tepi tiang.

Pemain muda Roony Bardghji hampir menyamakan kedudukan selepas menerima flick daripada Lewandowski, tetapi rembatannya tepat ke arah penjaga gol.

Carmona menambah gol ketiga buat Sevilla dengan satu rembatan rendah ke penjuru jauh, sebelum Adams menamatkan malam malang Barca dengan gol keempat.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, kami memang perlukan kemenangan di tempat sendiri,” kata jurulatih Sevilla, Almeyda.

“Kami tak boleh beri mereka satu meter pun ruang, kami tahu apa yang perlu kami buat dan kami kini berada di landasan yang baik.”

Keputusan seri Atletico Madrid di Celta menyaksikan mereka kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid dan enam di belakang Barcelona.

 

Pemain Barcelona geleng kepala kena belasah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker