Pegawai bank dicekup gelapkan wang lebih RM6 juta

Pegawai bank dicekup gelapkan wang lebih RM6 juta

Pegawai bank dicekup gelapkan wang lebih RM6 juta
MORIN Yulia disyaki mencuri 24.6 bilion rupiah dari sebuah bank. – Foto DetikJabar

​JAKARTA – Seorang bekas pekerja sebuah bank di Cirebon, wilayah Jawa Barat ditahan  kerana didakwa menggelapkan wang sebanyak 24.6 bilion rupiah (RM6.3 juta), lapor laman berita Detik.

Morin Yulia, ditahan pihak berkuasa dan dia didakwa menggunakan sebahagian wang itu untuk membeli kereta, beg dan dompet berjenama mewah seperti Louis Vuitton dan MCM.

Dia bekerja di bahagian pentadbiran dana dan perkhidmatan.

Suspek didakwa menggunakan kedudukannya untuk memproses transaksi palsu supaya tidak dikesan oleh sistem perbankan bagi mengelirukan pihak bank.

Pihak pendakwa raya mendedahkan bahawa wang hasil jenayah itu telah digunakan untuk membeli kereta Hyundai Stargazer, motosikal Vespa edisi terhad, iPhone 12 Pro Max, selain beberapa beg dan dompet berjenama mewah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


“Kes ini terbongkar selepas adanya laporan daripada pihak bank kerajaan. Kami akan terus melakukan siasatan lanjut untuk memastikan sama ada terdapat pihak lain yang turut terlibat,” kata Ketua Pendakwa Raya Cirebon, Yudhi Kurniawan.

Menurut maklumat daripada portal berita DetikJabar, Morin masih menyimpan sejumlah barangan mewah lainnya seperti kereta dan rumah di Purwokerto, wilayah Jawa Tengah. – AGENSI

Pegawai bank dicekup gelapkan wang lebih RM6 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker