Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Misi Global Sumud Flotilla Gagal

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Akhirnya kesemua 44 buah kapal yang membentuk armada Global Sumud Flotilla bersama 497 orang delegasi kemanusiaan ke Gaza ditahan regim Zionis Israel.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri yang bertungkus lumus untuk membawa pulang 23 orang rakyat Malaysia yang ditahan Israel.

Bukan satu perkara yang mudah untuk membebaskan mereka, kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Segala rundingan dan perbincangan terpaksa dilakukan melalui negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Turkiye dan Arab Saudi.

Lebih membanggakan kita semua, rakyat Malaysia dan Turkiye adalah kumpulan pertama yang dibebaskan.

Walau pun kesemua 23 orang rakyat Malaysia yang ditahan telah berjaya dibebaskan, namun ada suara sumbangan yang mengatakan matlamat Global Sumud Flotilla gagal sepenuhnya.

Malah ada yang memperlekehkan usaha murni yang dilakukan oleh delegasi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Benarkah Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Kalau dilihat dari sudut penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, tidak dapat dinafikan, matlamat Global Sumud Flotilla gagal.

Ini adalah kerana kesemua lebih 5 ribu tan bantuan kemanusiaan yang dibawa telah dirampas sepenuhnya oleh regim Zionis Israel.

Tetapi adakah bantuan kemanusiaan itu merupakan misi utama Global Sumud Flotilla?

Matlamat utama Global Sumud Flotilla adalah break the siege dan break the silence.

Benar, kepungan ketenteraan yang dilakukan secara haram oleh regim Zionis Israel tidak berjaya dipecahkan.

Tetapi kepungan maklumat mengenai kezaliman regim Zionis Israel terhadap penduduk Palestine, terutamanya di Gaza telah berjaya dipecahkan.

Zionis Israel kini menghadapi kecaman dari seluruh dunia apabila segala kezaliman yang mereka lakukan terbongkar.

Dengan menawan kesemua delegasi keamanan Global Sumud Flotilla, seluruh dunia bangkit.

Dunia tidak lagi termakan dengan propaganda Zionis Israel bahawa kononnya pertembungan antara Israel dengan Palestine adalah pertembungan antara Yahudi dan Islam.

Dunia kini melihat ianya sebagai pertembungan regim berhati syaitan dengan kemanusiaan.

Sebab itu kita melihat, rakyat di negara Eropah yang bukan beragama Islam turut bangkit mengecam kezaliman regim Zionis Israel.

Sehingga beberapa pakar geopolitik dunia berkata, Zionis Israel kini berada di dalam fasa terakhir mereka.

Jadi di manakah kegagalan misi Global Sumud Flotilla?

 

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker