Kes palsu cop pasport: Ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan direman seminggu

Kes palsu cop pasport: Ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan direman seminggu

Kes palsu cop pasport: Ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan direman seminggu
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir. – Foto fail Awani

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 47 tahun yang juga ibu mentua seorang pemain bola sepak kebangsaan dan empat lelaki warga asing direman seminggu bagi membantu siasatan kes pemalsuan cop pasport.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka ditahan pada jam 12.25 tengah hari Rabu lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah apartment di Gombak. Pemeriksaan lanjut polis kemudian merampas barang-barang disyaki digunakan memalsukan cop Imigresen.

“Susulan tangkapan pertama itu, polis menangkap tiga lelaki warga asing berusia antara 39 tahun hingga 47 tahun dan seorang wanita warga tempatan berusia 47 tahun di sekitar Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Noor Ariffin berkata, semua suspek ditahan reman sehingga 8 Oktober ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah komersil iaitu Inspektor Fadzrul Akmal Zulkarnain di talian 010-2057600 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Media hari ini melaporkan seorang wanita berusia 46 tahun yang juga ibu mentua seorang pemain bola sepak kebangsaan ditahan, selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemalsuan cop pasport dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Gombak, baru-baru ini.

Dalam operasi itu, wanita terbabit ditahan bersama tiga lelaki warga Pakistan selepas kediaman mereka diserbu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombak.

Kes palsu cop pasport: Ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan direman seminggu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker