Bisa Haaland benam Brentford

Bisa Haaland benam Brentford

Bisa Haaland benam Brentford
GAYA Haaland menjaringkan gol City di Stadium Gtech. FOTO Reuters

London: Erling Haaland meneruskan permulaan cemerlangnya musim ini apabila penyerang Manchester City itu menjaringkan gol tunggal untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Brentford, awal pagi tadi.

Haaland menjaringkan gol seawal separuh masa pertama di barat London sekali gus memberikan City kemenangan ketiga dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka.

Penyerang berusia 25 tahun itu kini sudah menjaringkan 12 gol daripada sembilan penampilan dalam semua kejohanan musim ini, ditambah enam gol dalam dua perlawanan bersama Norway. Tottenham satu-satunya pasukan yang berjaya menghalangnya daripada menjaringkan gol setakat ini.

City bertahan daripada kemerosotan prestasi pada separuh masa kedua untuk naik ke tangga kelima carta EPL.

“Dia sangat penting untuk kami musim ini, saya boleh katakan begitu. Kami perlukan lebih banyak gol daripada pemain lain, tapi peluang-peluang itu ada,” kata pengurus City, Pep Guardiola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Pasukan kendalian Guardiola itu kini tidak tewas dalam tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan sejak kekalahan di Brighton pada Ogos.

City masih ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, namun mereka menuju ke rehat antarabangsa dengan semangat baru selepas permulaan musim yang perlahan.

Satu-satunya kebimbangan buat Guardiola adalah apabila Rodri terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas kelihatan mengalami kecederaan hamstring.

Pemain tengah Sepanyol itu bergelut untuk menamatkan perlawanan sejak kembali daripada pembedahan ligamen anterior cruciate (ACL) di Piala Dunia Kelab pada musim panas.

Rodri yang memenangi anugerah Ballon d’Or berkat prestasi cemerlangnya pada 2024, hanya sempat bermain selama sejam ketika menentang Monaco selepas terlepas dua perlawanan sebelum itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


“Mudah-mudahan, ia bukan kecederaan yang serius,” kata Guardiola mengenai kecederaan terbaru Rodri.

Haaland berada dalam prestasi klinikal ketika seri 2-2 menentang Monaco pada Khamis lalu, namun City melepaskan kelebihan dua kali dan akhirnya dibolosi gol penyamaan lewat.

Kesilapan itu tidak diulangi dalam perlawanan ini, yang juga kemenangan ke-250 Guardiola di EPL.

Ia hanya mengambil 349 perlawanan untuk Guardiola mencapai angka tersebut, manakala dua pengurus terdekat, Alex Ferguson di Manchester United dan Arsene Wenger di Arsenal, memerlukan lebih 400 perlawanan.

“Satu penghormatan untuk bersama nama besar seperti Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger. Saya akan jemput mereka makan malam yang enak,” kata Guardiola.

“Ia satu kebanggaan menjadi sebahagian daripada sejarah EPL. Saya sangat gembira. Sekarang kita kejar 250 kemenangan lagi!”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Guardiola mengejutkan ramai apabila membiarkan pemain sayap Belgium, Jeremy Doku di bangku simpanan walaupun menunjukkan prestasi mengagumkan musim ini.

Walaupun tanpa kehadiran Doku, City menguasai sepenuhnya separuh masa pertama.

Josko Gvardiol mensia-siakan peluang awal apabila tandukannya dari sepakan sudut Phil Foden tepat ke arah penjaga gol Brentford, Caoimhin Kelleher.

Haaland sedang memburu gol pertamanya dalam EPL di Stadium Komuniti Gtech, salah satu daripada hanya dua gelanggang, bersama Anfield, di mana dia belum menjaringkan gol dalam liga.

Penyerang Norway itu hanya mengambil sembilan minit untuk memecah kebuntuan di Brentford apabila hantaran jauh Gvardiol mengejutkan pertahanan Brentford, Sepp van den Berg dan Nathan Collins, membolehkan Haaland meluru ke depan dan meledak rembatan kencang melepasi Kelleher.

Walaupun dengan standardnya sendiri, Haaland amat prolifik di London, kini dengan 21 gol liga dalam 22 perlawanan di ibu negara England itu.

Kemunculan semula Rodri yang belum meyakinkan selepas kecederaan lutut serius menerima tamparan hebat apabila dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22.

City cuba menyesuaikan diri selepas kehilangan pemain penting itu apabila Oscar Bobb mencipta peluang untuk Foden, tetapi percubaan Foden tersasar.

Brentford akhirnya melancarkan serangan yang tajam sejurus selepas rehat.

Igor Thiago meninggalkan pertahanan City ketinggalan, namun penyerang Brazil itu gagal menyempurnakan peluang apabila Gianluigi Donnarumma pantas keluar untuk menutup ruang.

City dilihat kehilangan rentak dan Brentford sekali lagi mengancam apabila hantaran lintang Kevin Schade ditanduk melepasi palang oleh Michael Kayode.

Lontaran jauh Kayode turut menggugat barisan pertahanan City, tetapi pasukan pelawat itu kekal utuh untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Bisa Haaland benam Brentford


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker