Spurs lebur rekod ampuh Leeds
Spurs lebur rekod ampuh Leeds

Leeds: Tottenham Hotspur menewaskan Leeds United 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini, hasil satu gol dan satu bantuan jaringan daripada Mohammed Kudus, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah tuan rumah di Elland Road yang bertahan lebih setahun.
Mathys Tel mengetuai jentera serangan Spurs dan membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi rembatan yang terkena pertahanan lawan, sebelum Noah Okafor pantas menyamakan kedudukan selepas Guglielmo Vicario menepis bola ke laluannya untuk disudahkan mudah ke gawang.
Ketika hujan lebat membasahi padang pada separuh masa kedua, Kudus mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan untuk meluru ke arah gol, dan rembatan terkena pertahanan lawan sekali lagi menewaskan penjaga gol Leeds, Karl Darlow bagi memberikan Spurs kedudukan 2-1 serta gol pertama pemain Ghana itu bersama kelab berkenaan.
Rekod tanpa kalah Leeds di laman sendiri tamat selepas 23 perlawanan liga, manakala Spurs melonjak ke tangga kedua liga buat sementara dengan 14 mata.
Mereka kini satu mata di belakang pendahulu, Liverpool yang akan menentang Chelsea hari ini. Leeds pula berada di tangga ke-12 dengan lapan mata.
Spurs lebur rekod ampuh Leeds
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.