Selangor pertahan Piala Agong
Selangor pertahan Piala Agong

Kuala Lumpur: Pasukan Selangor mempertahankan Piala Agong buat kali kedua berturut-turut selepas menang menerusi penentuan penalti 4-3 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di Cheras, malam tadi.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit aksi sebelum pemenang terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.
Dalam aksi sengit itu, Kuala Lumpur terlebih dulu mendahului pada minit ke-25 hasil sentuhan Ibrahim Nyass Ilmu untuk mengejutkan juara bertahan itu.
Bersambung babak kedua, Selangor memperkemaskan aksi dengan kerap melancarkan serangan ke kubu Kuala Lumpur.
Tekanan diberikan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila Selangor dihadiahkan sepakan penalti di minit 85.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Irfan Raziq Rasol yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan itu tenang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Mohd Kamal untuk menyamakan kedudukan.
Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dan Selangor bermain dengan 10 pemain selepas Irfan dilayangkan kad merah di minit 99.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Selangor berjaya memenanginya dengan keputusan 4-3.
Selangor pertahan Piala Agong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.