Sabah makin ‘tenat’, tumbang di Likas
Sabah makin ‘tenat’, tumbang di Likas

Kota Kinabalu: Sabah FC sekali lagi berdepan kesukaran untuk menghadapi lawan meskipun bermain di halaman sendiri hingga tewas 0-1 di tangan Kuching City FC dalam aksi Derby Borneo, Liga Super di Stadium Likas, malam ini.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan penyerang Kuching City, Jordan Mintah pada minit ke-74.
Hanya pada tiga minit pertama perlawanan, pemain Sabah dilihat agak berbahaya kepada pasukan lawan menerusi serangan awal mereka, namun selepas itu, serangan lebih banyak dilakukan pasukan Kuching.
Malah sepanjang 45 minit perlawanan babak pertama, Kuching City mendapat lima sepakan sudut dan satu sepakan percuma dari luar kotak penalti, manakala Sabah gagal mendapat sebarang peluang permainan bola mati.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Ketiadaan beberapa tonggak penting Sabah seperti Darren Lok, Daniel Ting, Gabriel Peres dan Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu mungkin antara sebab aksi tuan rumah malam ini agak kurang baik berbanding pasukan lawan.
Sabah hanya bernasib baik gawangnya tidak dibolosi gol hasil kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang dapat membaca pergerakan bola dengan baik menyebabkan kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
Sepanjang 30 minit terakhir perlawanan, pemain Kuching City dilihat mengambil setiap peluang untuk mengasak Sabah menyebabkan pemain tuan rumah lebih banyak berkampung di kawasan sendiri bagi mengawal gawang.
Bagaimanapun, kekebalan pertahanan Sabah membuatkan Kuching City gagal menembusi gawang tuan rumah sehinggalah pada minit ke-74 apabila penyerangnya, Jordan Mintah meledak gol tunggal yang mengecewakan tuan rumah.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan kedudukan Sabah di tangga kedua tercorot carta Liga Super setakat ini dengan hanya mengumpul tiga mata setelah seri tiga kali dan tewas tiga kali, termasuk perlawanan malam ini.
Sabah makin ‘tenat’, tumbang di Likas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.