Russell raih petak pertama GP Singapura
Russell raih petak pertama GP Singapura

Singapura: George Russell menghadiahkan petak pertama buat Mercedes menjelang Grand Prix (GP) Singapura selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Marina Bay, sebentar tadi.
Pelumba Britain itu merekodkan catatan 1 minit 29.158 saat, 0.182s lebih pantas berbanding pencabar utama, Max Verstappen dari Red Bull, sekali gus menafikan cubaan pelumba Belanda itu untuk menguasai petak hadapan.
Pendahulu kejuaraan dunia, Oscar Piastri dari McLaren bakal bermula di petak ketiga, manakala rakan sepasukannya, Lando Norris hanya mampu menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kelima.
“Ada banyak cabaran semalam tetapi saya gembira dengan keputusan ini. Esok dijangka perlumbaan yang panjang dan meletihkan, namun kereta kami mempunyai potensi besar,” kata Russell yang berpeluang memburu kemenangan sulungnya di Singapura.
Rakan sepasukan Russell, Kimi Antonelli cemerlang menempatkan diri di kedudukan keempat, sekali gus memisahkan dua jentera McLaren di barisan kedua.
Ferrari pula sekadar menghuni petak keenam dan ketujuh menerusi Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, diikuti Isack Hadjar (RB), Oliver Bearman (Haas) serta Fernando Alonso (Aston Martin) yang melengkapkan kelompok 10 terbaik.
Verstappen yang menjuarai dua perlumbaan terakhir di Monza dan Baku kini mengintai kemenangan pertama di Singapura untuk terus memberi tekanan kepada McLaren dalam perebutan gelaran dunia. – AFP
Russell raih petak pertama GP Singapura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.