Nadzmi Adhwa Kecewa Selebriti Promosi Produk Zionis Tanpa Fikir Isterinya Ditahan Tentera Israel
Nadzmi Adhwa Kecewa Selebriti Promosi Produk Zionis Tanpa Fikir Isterinya Ditahan Tentera Israel
Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila melihat masih ada selebriti tanah air yang memilih untuk terus mempromosikan produk jenama yang dikaitkan dengan Zionis. Luahan hati itu dikongsikan menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Masih juga tak nak boikot. Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ tu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu? Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di sana? Sedihlah tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tak cakna,” tulisnya dalam nada kesal.
Kekecewaan itu nyata lebih terasa memandangkan isterinya, pelakon dan aktivis Ardell Aryana, kini sedang berada dalam tahanan tentera Zionis selepas kapal yang dinaiki bersama sukarelawan lain dalam misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza ditawan semalam. Situasi itu membuatkan Nadzmi lebih peka dan lantang bersuara mengenai isu boikot, sekali gus menggesa rakan-rakan seindustri agar lebih prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Sementara itu, di media sosial, netizen kini giat menyenaraikan nama-nama selebriti tempatan yang dilihat masih berterusan mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis. Perkara itu mengundang pelbagai perdebatan, ada yang menyokong tindakan pendedahan tersebut manakala sebahagian lain menganggap ia boleh menjejaskan reputasi artis terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Apa yang pasti, kenyataan Nadzmi ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa isu boikot bukan sekadar soal keuntungan atau populariti, tetapi melibatkan prinsip kemanusiaan yang jauh lebih besar. Dalam keadaan dirinya berdepan ujian getir menanti kepulangan isteri dari bumi konflik, suara lantang Nadzmi dianggap sebagai peringatan keras kepada rakan selebriti agar lebih berhati-hati dalam membuat pilihan.
Nadzmi Adhwa Kecewa Selebriti Promosi Produk Zionis Tanpa Fikir Isterinya Ditahan Tentera Israel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.