Man United, Amorim lega menang di Old Trafford
Man United, Amorim lega menang di Old Trafford

Manchester: Manchester United meraih kemenangan selesa di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi, apabila jaringan Mason Mount dan Benjamin Sesko memastikan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland.
Dengan tekanan semakin memuncak terhadap pengurus, Ruben Amorim susulan permulaan musim yang hambar, Mount menenangkan suasana di Old Trafford apabila meledak gol pembukaan menerusi penyudah kemas pada awal permainan
United terus menguasai perlawanan dengan Bruno Fernandes hampir menambah jaringan kedua, namun percubaannya dinafikan menerusi aksi menyelamat cemerlang penjaga gol Sunderland, Robin Roefs.
Sesko kemudian menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford pada minit ke-31.
Sunderland diberikan sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Mereka bagaimanapun gagal mencipta ancaman selepas rehat, membolehkan United melakar kemenangan liga ketiga di laman sendiri musim ini dengan penuh bergaya.
Man United, Amorim lega menang di Old Trafford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.