Kanak-kanak perempuan maut dihempap tiang konkrit pagar rumah
Kanak-kanak perempuan maut dihempap tiang konkrit pagar rumah

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan mati selepas dipercayai dihempap sebatang tiang konkrit pagar rumah di Taman Bukit Kristal, di sini, pada malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa berusia dua tahun itu dikatakan sedang bermain dengan kakaknya sebelum tiang berkenaan rebah dan menghempapnya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.14 malam.
“Ibu mangsa segera membawanya ke HTJ, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Hatta berkata hasil bedah siasat Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala kesan hentakan objek berat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Kanak-kanak perempuan maut dihempap tiang konkrit pagar rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.