Arsenal takluk derbi London, tawan puncak liga
Arsenal takluk derbi London, tawan puncak liga

London: Arsenal naik ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat sementara waktu selepas Declan Rice menjaringkan gol menentang bekas kelabnya, West Ham United, untuk membantu pasukan mencatat kemenangan 2-0 di laman sendiri dalam aksi derbi London, sebentar tadi.
Pemain tengah itu meledak gol pembukaan pada minit ke-38 hasil bola lantun untuk menceriakan Arsenal yang menguasai perlawanan ke atas West Ham yang bermain secara bertahan dan gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke gawang.
Bukayo Saka kemudian memastikan tiga mata milik Arsenal apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-67, menjadikan ia kemenangan manis sempena perlawanan ke-300 Mikel Arteta sebagai pengurus The Gunners.
Kemenangan itu menutup minggu yang cemerlang buat Arsenal selepas mereka mencatat kebangkitan lewat permainan menewaskan Newcastle United hujung minggu lalu, sebelum menumpaskan Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara pada Khamis lalu..
Skuad bimbingan Arteta kini mengumpul 16 mata daripada tujuh perlawanan pertama — satu mata di depan Liverpool yang boleh kembali ke puncak liga jika menewaskan Chelsea.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
West Ham pula kekal di tangga kedua tercorot dengan empat mata.
Arsenal takluk derbi London, tawan puncak liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.