Remaja maut terperosok bawah bas selepas kemalangan

Remaja maut terperosok bawah bas selepas kemalangan

Remaja maut terperosok bawah bas selepas kemalangan
Keadaan motosikal ditunggang remaja berusia 19 tahun yang terperosok ke bawah bas selepas terbabit kemalangan dengan sebuah van. – Foto ihsan bomba

PASIR GUDANG: Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di persimpangan Jalan Masai Kong Kong- Jalan Betik 1, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata Mangsa, 19, maut di lokasi kejadian susulan kejadian jam 7.30 pagi itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila motosikal Yamaha Y15 ditunggang mangsa menuju Jalan Masai sebelum dirempuh sebuah van yang keluar dari simpang untuk membelok ke kanan.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian kiri hadapan van, sebelum terjatuh dan terperosok ke bawah bas yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa cedera parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata, pemandu van berusia 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja maut terperosok bawah bas selepas kemalangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker