Kes culik dan minta tebusan di Kelantan: 8 ditahan, polis turut rampas pistol dan kereta

Kes culik dan minta tebusan di Kelantan: 8 ditahan, polis turut rampas pistol dan kereta

Kes culik dan minta tebusan di Kelantan: 8 ditahan, polis turut rampas pistol dan kereta
Foto hiasan.

 

KOTA BHARU: Lapan termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki terbabit kes culik ke atas tiga lelaki pada 26 September lalu.

Semua suspek berusia 20 hingga 46 tahun ditahan antara jam 2 pagi hingga 11.30 pagi semalam di enam lokasi berbeza di sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pada jam 11 pagi 26 September lalu, tiga lelaki berusia lingkungan 20-an diculik dan dikurung di sebuah rumah tidak bernombor di Cherang Ruku, dekat Pasir Puteh.

“Suspek meminta wang tebusan RM150,000 daripada majikan mangsa bagi membebaskan mereka.

“Majikan mangsa membayar wang tebusan RM29,000 sebelum tiga mangsa dibebaskan selepas tiga hari diculik. Susulan itu, polis menahan lapan suspek warga tempatan semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hasil serbuan, katanya polis sepucuk revolver dan satu pistol tiruan, selain tiga kenderaan membabitkan Proton Perdana, Audi Q7 dan Nissan Terrano.

“Polis juga merampas 10 telefon bimbit milik suspek, lima telefon bimbit mangsa, seutas rantai besi berserta lima mangga dan anak kunci, pelitup muka, baju dan seluar dipakai suspek serta pengikat kabel.

“Saringan air kencing terhadap semua tangkapan didapati negatif dadah dan mereka direman empat hari bermula semalam sehingga 5 Oktober ini.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan (KK) kerana pemerasan dengan ugutan, selain Seksyen 365 kanun sama kerana melarikan dengan niat salah dan Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971,” katanya.

Kes culik dan minta tebusan di Kelantan: 8 ditahan, polis turut rampas pistol dan kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker