Kanak-kanak, wanita warga emas lemas dihanyutkan kepala air
Kanak-kanak, wanita warga emas lemas dihanyutkan kepala air

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak dan wanita warga emas ditemukan lemas dipercayai akibat dihanyutkan kepala air ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian banjir di Kampung Bangkulut Imbak, di sini, malam tadi.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu terlepas daripada genggaman ibunya sebelum hanyut dibawa arus deras.
Mereka dipercayai cuba menyeberangi air yang melimpah di jalan raya untuk ke kawasan lebih tinggi dalam kejadian kira-kira jam 9 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.46 malam sebelum menghantar lima anggota ke lokasi kejadian.
“Pasukan penyelamat hanya tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi kerana jarak jauh iaitu 169 kilometer dari balai.
“Mangsa pertama iaitu wanita warga Indonesia ditemui kira-kira 250 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa kanak-kanak pula ditemui sekitar jam 4 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa pertama,” katanya ketika dihubungi di sini.
Hairi berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi itu membabitkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela Tongod.
“Tiada operasi pemindahan dilakukan kerana air sungai surut sepenuhnya dan operasi ditamatkan kira-kira jam 5 pagi,” katanya.
Kanak-kanak, wanita warga emas lemas dihanyutkan kepala air
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.