Hasrat bermalam bersama terbantut, inap desa diketuk JAINJ
Hasrat bermalam bersama terbantut, inap desa diketuk JAINJ

KLUANG: Hasrat sepasang kekasih bermalam di sebuah inap desa terbantut apabila pegawai dan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu premis itu di sini, semalam.
Pasangan berusia 20-an ditahan ketika sedang berdua-duaan pada jam 10.15 malam.
Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mengetuk pintu inap desa terbabit dan dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.
“Lelaki itu memakai seluar panjang dan kemeja T. Pemeriksaan dalam inap desa terbabit menemukan seorang wanita dipercayai kekasihnya.
“Ketika melihat kehadiran penguat kuasa JAINJ, pasangan itu seolah-olah kebingungan,” katanya dalam kenyataan.
JAINJ berkata, lelaki bekerja swasta manakala wanita itu jurujual dan menetap di daerah ini bersama ibu bapa mereka.
Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Ketika ini, kebanyakan mereka beralih menyewa inap desa selepas penguat kuasa kerap membuat serbuan di hotel,” katanya.
Hasrat bermalam bersama terbantut, inap desa diketuk JAINJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.