Guna helah hantar makanan elak dicekup berkhalwat
Guna helah hantar makanan elak dicekup berkhalwat

JOHOR BAHRU: Mahu menumpang tandas hotel selepas kononnya menghantar makanan.
Itu alasan yang diberikan seorang penghantar makanan e-hailing yang ditahan bersama janda selepas disyaki berkhalwat dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Menurut JAINJ, dalam serbuan jam 11.30 malam itu, pintu hotel yang diketuk anggota penguat kuasa JAINJ lambat dibuka.
“Penguatkuasa mengetuk bilik yang lambat dibuka sehingga 10 minit. Pintu dibuka oleh seorang wanita berpakaian lengkap. Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki sedang duduk di atas katil.
“Lelaki itu mengatakan dia datang ke bilik untuk menghantar makanan dan berehat seketika kerana penat seterusnya menggunakan tandas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Makanan yang dikatakan dihantar itu pun tidak ada dan bekas pun tidak dijumpai. Pemeriksaan di aplikasi, tiada pesanan makanan dibuat.
“Kedua-dua mereka adalah lelaki bujang berusia 30-an dan wanita janda anak satu berusia 30-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Guna helah hantar makanan elak dicekup berkhalwat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.