Ameera Khan Cetus Kontroversi Di Minggu Fesyen Milan [VIDEO]

“Saya Tak Pakai Apa-Apa Di Dalam”

Ameera Khan Cetus Kontroversi Di Minggu Fesyen Milan [VIDEO]

Ameera Khan Cetus Kontroversi Di Minggu Fesyen Milan [VIDEO]

Rasanya semua orang tahu bahawa nama Ameera Khan tak pernah terlepas daripada menjadi topik perbincangan hangat di kalangan warganet. Ada sahaja perkara yang dilakukannya itu menjadi bualan, dan kali ini respons pempengaruh itu mengenai penampilannya ketika menghadiri di salah satu pertunjukan fesyen di Milan, Itali.

Untuk pertunjukan fesyen Musim Bunga/Panas 2026 bagi jenama Tod’s, Ameera telah memadankan jaket oversized dengan stokin fishnet berwarna hitam dan but hitam paras lutut.

Walaupun Ameera nampak sangat bergaya ketika menghadiri pertunjukkan fesyen itu, namun warganet terkejut dengan respons pempengaruh itu tentang fesyennya.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang jurugambar yang mengambil gambar tetamu ketika itu, Ameera telah diminta untuk membuka jaket yang dikenakan untuk mengambil gambar.

Mendengarkan permintaan jurugambar itu, Ameera menolak dan memberitahu bahawa dia tidak boleh membuka jaket yang dipakainya itu.

“I’m wearing nothing inside (Saya tidak memakai apa-apa di dalam).”

Respons Ameera itu sedikit sebanyak membuatkan warganet terkejut kerana ada yang menganggap tindakannya itu terlalu berani. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengakui bahawa fesyennya itu tidak sesuai untuk seorang wanita Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Sekadar info untuk semua, Ameera Khan adalah seorang pempengaruh fesyen dan kecantikan. Disebabkan oleh pengaruhnya, dia sering dijemput untuk menghadiri beberapa acara berprestij yang dianjurkan oleh jenama-jenama global.

Untuk pertunjukkan fesyen Musim Bunga/Panas 2026 yang diadakan di Milan, Itali kali ini, Ameera dilihat menghadiri beberapa pertunjukan jenama global seperti Dior, Tod’s, Dolce Gabbana, Emporio Armani, Prada, MaxMara dan Fendi.

Tak dinafikan, apa sahaja yang Ameera Khan sarungkan di badannya, semuanya nampak sangat bergaya dan mencuri perhatian. Apa kata kamu?

Ameera Khan Cetus Kontroversi Di Minggu Fesyen Milan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker