41 rumah di daerah Kubang Pasu, beberapa lokasi di Pokok Sena dinaiki air

41 rumah di daerah Kubang Pasu, beberapa lokasi di Pokok Sena dinaiki air

41 rumah di daerah Kubang Pasu, beberapa lokasi di Pokok Sena dinaiki air
Anggota APM melakukan pemantauan di lokasi banjir di kilat di daerah Kubang Pasu. – Foto ihsan APM

JITRA: Jumlah kediaman yang dilanda banjir kilat susulan hujan melanda daerah ini meningkat kepada 41 di enam kampung membabitkan tiga mukim yang dilaporkan setakat jam 9 malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata antara rumah yang terjejas adalah Kampung Muhibbah (15); Kampung Paya Tok Teh (1); Kampung Tengah Malau (12); Kampung Kamunting Baru (1); Kampung Naga (5) dan Kampung Tok Jalai (7).

Beliau berkata, hujan lebat bermula sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kediaman di Mukim Malau, Bukit Tinggi dan Mukim Naga dinaiki air.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini. Namun, pemantauan terus dilakukan berikutan paras air di Kampung Paya Tok Teh, Kampung Naga dan Kampung Tok Jalai menunjukkan trend menaik.

“Paras air di Kampung Muhibbah, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kamunting Baru menunjukkan trend menurun,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Mohd Adenin berkata, setakat ini anggotanya sedang mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terjejas dalam banjir kilat itu dan menasihatkan mereka supaya bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.

Katanya, operasi menyelamat turut disertai agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

Sementara itu, tinjauan di media sosial setakat jam 8.30 malam tadi mendapati, beberapa kawasan di Pokok Sena terus dinaiki sehingga menyebabkan ada yang kenderaan terkandas.

Setakat ini operasi penyelamatan dan pemantauan masih dilakukan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan bomba di kawasan yang terjejas dinaiki air berikutan keadaan masih lagi hujan.

Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.

41 rumah di daerah Kubang Pasu, beberapa lokasi di Pokok Sena dinaiki air

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker