4 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah Geng TR
4 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah Geng TR

KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng TR sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun, semua tertuduh iaitu S Sugumaran, 45; S Rajah, 27; M Deva Kumaran, 44 dan M Mugilan, 35, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, mereka didakwa menjadi ahli geng TR di sebuah restoran di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, antara November 2019 hingga 11 September lalu yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim dan Lina Hanini Ismail.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Hakim kemudian memberitahu Mahkamah Tinggi Klang akan menentukan tarikh sebutan semula kes.
4 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah Geng TR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.