2 rentung, kereta terbakar dalam kemalangan

2 rentung, kereta terbakar dalam kemalangan

2 rentung, kereta terbakar dalam kemalangan
Gambar tangkap layar daripada rakaman video tular memaparkan sebuah kereta terbabit kemalangan sebelum terbakar di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Sungai Dua, pagi tadi.

BUTTERWORTH: Dua lelaki ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabit kemalangan sebelum terbakar di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Sungai Dua di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti pihak berkuasa, setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan memaklumkan bahawa operasi masih dijalankan pasukannya di lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbakar. Terdapat dua mangsa rentung dalam kejadian itu, namun identiti mereka belum dapat dikenal pasti.

“Pihak bomba masih berada di lokasi untuk menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Terdahulu, tular satu rakaman video dalam Facebook memaparkan sebuah kereta terbakar selepas terbabit kemalangan, bersama kapsyen ‘dilaporkan ada tiga orang di dalam kereta’.

Hingga kini, masih tiada maklumat lanjut mengenai status mangsa yang terbabit nahas itu.

Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

2 rentung, kereta terbakar dalam kemalangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker