Polis rampas syabu seberat 150kg, bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara

Polis rampas syabu seberat 150kg, bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara

Polis rampas syabu seberat 150kg, bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. – Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis merampas 150 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM3.3 juta hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggalkan seorang lelaki berhampiran Plaza Tol Damansara, dekat sini, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebelum itu, kira-kira 4 petang, Pasukan Peronda Lebuhraya (EMPV) Zon Tengah A1 telah mengarahkan MPV itu berhenti di KM18 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama.

“Dalam usaha melarikan diri, pemandu MPV itu merempuh palang tol sebelum meninggalkan kenderaan terbabit di lorong kanan Plaza Tol Damansara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata hasil pemeriksaan menemukan enam karung guni berwarna hijau dengan setiap satu mengandungi 25 peket bungkusan kecil bertulisan Cina “Chinese Pin Wei”, menjadikan jumlah keseluruhan 150 peket.

“Setiap peket dianggarkan seberat satu kilogram dan semuanya dipercayai mengandungi dadah jenis syabu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Mohd Yusri berkata semua rampasan termasuk kenderaan terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nor Izzat Norezairi melalui talian 016-8289910 atau mana-mana balai polis berhampiran.

– BERNAMA

 

Polis rampas syabu seberat 150kg, bernilai RM3.3 juta berhampiran Plaza Tol Damansara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker