Paulo Josue sedia pikul tanggungjawab kemudi serangan negara

Paulo Josue sedia pikul tanggungjawab kemudi serangan negara

Paulo Josue sedia pikul tanggungjawab kemudi serangan negara
Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue. – Foto FB FAM

Kuala Lumpur: Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue bersedia menggalas tanggungjawab mengemudi jentera hadapan menjelang aksi menentang Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Vientiane, pada 9 Oktober ini.

Kem Latihan pasukan dijangka bermula Isnin ini dan sentuhan Josue amat diperlukan selepas tujuh pemain warisan digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), minggu lalu.

Jelas ayam tambatan Kuala Lumpur City FC (KL City) itu, penggantungan berkenaan amat mengecewakan namun dia menegaskan perjuangan harus diteruskan walau tanpa kehadiran mereka.

“Sudah pasti saya sedih dengan nasib yang menimpa mereka sebagai seorang rakan. Kesemua mereka ini adalah pemain berkualiti dan juga rakan yang baik.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Tatatertib FIF menggantung tujuh pemain daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan berkaitan pemalsuan dokumen manakala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula didenda.

Tujuh pemain berkenaan adalah penyerang berbisa Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.

Selain digantung, setiap pemain turut dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan FAM pula perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).

Paulo Josue sedia pikul tanggungjawab kemudi serangan negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker