Nenek tepis ular disangka kucing
Nenek tepis ular disangka kucing

BANGKOK – Seorang warga emas mengalami detik cemas apabila seekor ular sawa merayap di atas kakinya ketika dia sedang tidur di sofa, lapor portal berita MailOnline semalam.
Mariya, 70, sedang berehat di ruang tamu rumahnya di Songkhla, selatan Thailand pada 26 September lalu apabila ular sepanjang 3 meter itu menyelinap ke atas perabot itu, lapor laman berita Newsflare.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan reptilia itu cuba memanjat ke atas badan Mariya yang berselimut.
Menyangka ia seekor kucing, Mariya beberapa kali menendang ular itu.
Ular sawa batik itu kemudian menjalar hanya beberapa sentimeter dari tubuh Mariya tanpa disedari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Beberapa saat kemudian, ketika Mariya bangun daripada sofa, dia terkejut melihat ular itu bergerak menuju ke tangga.
Dalam ketakutan, dia menggunakan lampu suluh telefon bimbit untuk menghalakan cahaya ke arah reptilia tersebut yang perlahan-lahan menuju ke tandas.
Anak perempuan Mariya, Apussrinda Ridto berkata: “Ibu saya memanggil adik ipar untuk menangkap ular itu. Mereka berjaya menangkapnya dan melepaskannya kembali ke hutan.” – AGENSI
Nenek tepis ular disangka kucing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.