Lelaki warga Bangladesh cedera dihempap dinding runtuh
Lelaki warga Bangladesh cedera dihempap dinding runtuh

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh patah tangan dan kaki kanan selepas dihempap runtuhan dinding di sebuah tapak pembinaan berhampiran belakang Bangunan Lee Rubber, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima satu panggilan kecemasan melalui Sistem MERS999 berhubung kejadian runtuhan dinding di sebuah tapak pembinaan.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa digerakkan ke lokasi dengan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah.
Menurutnya, setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku runtuhan struktur scaffolding di kawasan bangunan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan.
“Kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki dewasa warganegara Bangladesh mengalami kecederaan serius, patah tangan dan kaki kanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dua anggota penyelamat bomba menjalankan pemeriksaan dan peninjauan di sekitar lokasi kejadian dan disahkan tiada mangsa lain terbabit.
“Pasukan bomba juga memasang sawar keselamatan di sekeliling kawasan bagi tujuan kawalan dan pencegahan
risiko.
“Tapak kejadian kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan tapak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Lelaki warga Bangladesh cedera dihempap dinding runtuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.