Kuroda pasrah hanya mampu kutip satu mata

Kuroda pasrah hanya mampu kutip satu mata

Kuroda pasrah hanya mampu kutip satu mata
Ketua Jurulatih Machida Zelvia FC, Go Kuroda pada sidang media selepas Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) JDT lawan Machida Zelvia FC di Stadium Sultan Ibrahim. – Foto Najmi Nor’azam

Johor Bahru: Pengendali FC Machida Zelvia, Go Kuroda pasrah apabila sekadar mengutip satu mata selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama menyaksikan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) berkesudahan tanpa jaringan.

Biarpun gagal mencatatkan kemenangan dalam penampilan pertama ACLE, Kuroda percaya ada hikmah di sebalik keputusan itu yang menjadi titik tolak buat pasukan lebih berusaha keras untuk berjaya.

Katanya, pada perlawanan itu, pemain sudah menjalankan tugas dengan baik dengan mematikan pergerakan Harimau Selatan dan menguasai permainan itu.

“Kita tahu kekuatan JDT yang melakukan serangan balas pantas dan situasi bola mati, ini berjaya kita patahkan. Mereka juga bertahan dengan baik dan bijak melakukan transisi.

“Kita sepatutnya berada di hadapan namun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Ini bukanlah keputusan yang kita mahukan tetapi kita perlu berlapang dada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


“Selain terlepas penalti itu, jentera serangan kita juga serba tak menjadi apabila gagal temui sentuhan penyudah, beberapa hantaran di kawasan lawan juga tidak begitu tepat, ini yang perlu kita tambah baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada aksi malam tadi, pemain sayap, Yuki Soma gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatan yang dilakukan sekadar menggegar tiang kiri gol JDT pada minit ke-20 di babak pertama.

Kuroda yang juga bekas guru Aomori Yamada High School itu berkata, beliau mengesan permukaan kasar di tempat mengambil sepakan penalti tidak stabil ketika sesi latihan rasmi di stadium berkenaan namun enggan menjadi itu sebagai alasan.

Tambahnya, pemain perlu melupakan kekecewaan pada perlawanan ini dan memberi tumpuan untuk memantapkan pasukan dari setiap sudut bagi menghadapi saingan Liga 1 Jepun selepas ini.

“Ini penampilan pertama kita dalam ACLE dan baru saja bermain dua perlawanan dan kedua-duanya mencatat keputusan seri. Perjalanan kita masih jauh, mungkin keputusan ini menjadi pemangkin kebangkitan pasukan untuk meraih kemenangan pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Kuroda pasrah hanya mampu kutip satu mata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker