Empat gol Lopes buatkan SFC terus kempunan mata di ACL II

Empat gol Lopes buatkan SFC terus kempunan mata di ACL II

Empat gol Lopes buatkan SFC terus kempunan mata di ACL II
MORAES (kiri) menjaringkan gol pertama Selangor FC menerusi sepakan penalti, namun mereka tewas 2-4 di tangan Lion City Sailors. FOTO SELANGOR FC

Kuala Lumpur: Kelonggaran barisan pertahanan menyaksikan Selangor FC (SFC) terus kempunan meraih mata dalam kempen Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim ini apabila tumbang 2-4 di tangan Lion City Sailors (LCS) di Stadium Bishan, di Singapura, malam ini.

SFC yang tewas 2-4 pada aksi pertama di tangan Bangkok United wajib memburu keputusan positif bagi memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan G itu.

Begitupun kerapuhan benteng pertahanan menyaksikan pelawat ketinggalan seawal minit keenam hasil tandukan Anderson Lopes selepas satu serangan balas dilakukan tuan rumah.

Benteng SFC terus melakukan kesilapan dan hasilnya Lopes sekali lagi meledak dengan gol kedua enam minit kemudian buat menceriakan penyokong LCS.

Ketika aksi babak pertama hampir ditamatkan, Lopes melakar hatrik buat meletakkan LCS kembali memiliki kelebihan dua jaringan.

Lopes terus menjadi duri dalam daging apabila meledak gol keempat sebaik babak kedua bermula apabila dia mudah memanfaatkan hantaran Bart Ramselaar di minit ke-54.

Anak buah Christophe Gamel tidak mengaku kalah apabila rembatan Noor Al Rawabdeh di minit ke-55 menggegar palang gol buat melegakan Ivan Susak di pintu gol.

Usaha berterusan pelawat akhirnya membuahkan hasil di minit ke-73 menerusi jaringan Faisal Halim yang bijak mengatasi pertahanan lawan untuk gol kedua SFC.

Tekanan terus diberikan, namun LCS cukup ampuh bertahan untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah.

Empat gol Lopes buatkan SFC terus kempunan mata di ACL II


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker