Iskandar mahu revolusi fizikal pemain perseorangan wanita negara
Iskandar mahu revolusi fizikal pemain perseorangan wanita negara

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bertekad membawa nafas baharu dengan meningkatkan rejim latihan lebih intensif bagi memperkukuh kekuatan fizikal pemain negara menjelang kejohanan antarabangsa.
Iskandar yang memulakan tugasnya secara rasmi semalam berkata, pengalaman hampir empat tahun membimbing skuad Ireland akan dijadikan panduan untuk memperbaiki kualiti latihan dan corak permainan pemain di bawah kendaliannya.
“Semalam hari pertama saya bersama mereka dan saya datang awal untuk meninjau keadaan pemain dan jadual latihan.
“Saya kagum dengan sikap mereka terutama yang sedang membuat persiapan ke Kejohanan Remaja Dunia, minggu depan.
“Untuk tempoh dua minggu ini, saya akan memerhati terlebih dahulu sebelum berbincang dengan ketua jurulatih Kenneth (Jonassen).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Fokus jangka panjang adalah meningkatkan kemahiran taktikal dan memastikan pemain lebih konsisten di gelanggang,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
Bekas pemain kebangsaan itu menjelaskan kaedah latihan di Eropah banyak menekankan intensiti tinggi, motivasi dan disiplin.
Oleh itu, beliau berkata, pendekatan sama akan diterapkan bagi memberi impak lebih besar terhadap perkembangan pemain.
“Saya utamakan kualiti berbanding kuantiti. Pemain perlu melalui latihan lebih berat, pantas dan padat dalam tempoh singkat, tetapi dengan lebih banyak set dan ulangan supaya kekal fokus dan tidak cepat jemu.
“Tahap kecergasan fizikal menjadi keutamaan kerana corak permainan perseorangan wanita memerlukan daya tahan tinggi selain kepantasan di gelanggang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Namun, pemahaman taktikal tetap penting bagi memastikan pemain mampu bermain dengan lebih bijak,” katanya.
Ketika ini, seramai 17 pemain termasuk sembilan pemain senior dan lapan pemain remaja berada di bawah seliaannya.
Beliau turut diberi tanggungjawab mempersiapkan skuad ke Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini walaupun sasaran rasmi belum ditetapkan.
“Pada masa ini, belum ada sasaran khusus, tetapi kami mahu pamer prestasi terbaik di Sukan SEA kerana matlamat lebih besar adalah Piala Uber di Denmark,” katanya.
Iskandar dilantik pada 30 Jun lalu selepas BAM mengumumkan pelantikan rasmi bagi memperkukuh struktur kejurulatihan negara.
Ketika mengemudi pasukan Ireland sejak 2021, Iskandar berjaya menempatkan dua pemain perseorangan, Nhat Nguyen dan Rachael Darragh ke Sukan Olimpik Paris 2024, sekali gus pencapaian besar buat badminton negara Eropah itu.
Sebagai bekas pemain, Iskandar pernah membantu skuad lelaki negara meraih gangsa Sukan Asia Incheon 2014 dan Piala Thomas 2016.
Selain itu, dia menjadi naib juara Masters Malaysia 2016 serta perak perseorangan lelaki dan berpasukan campuran di Kejohanan Remaja Dunia 2009.
Iskandar mahu revolusi fizikal pemain perseorangan wanita negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.