Yusri tak sangka IFC tewas dengan jaringan besar
Yusri tak sangka IFC tewas dengan jaringan besar
Kuching: Ketua Jurulatih Imigresen FC (IFC), Yusri Che Lah mengakui kekuatan dipamerkan Kuching City FC selepas pasukannya tewas 0-4 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu tidak menjangkakan skuad kendaliannya akan dihukum dengan jaringan sebesar itu selepas beraksi dengan barisan pemain yang sudah memberikan komitmen terbaik.
“Kami kalah malam ini dan tidak menjangkakan jaringan yang agak besar kerana ini perlawanan kita lepaskan dengan jaringan terbesar setakat ini,” katanya selepas perlawanan.
Beliau menjelaskan, IFC hadir tanpa skuad penuh, namun tetap menegaskan itu bukan alasan kerana pemain yang diturunkan masih memperlihatkan sumbangan terutama pada awal permainan.
“Walaupun kita datang bukan dengan skuad penuh, alasan itu tidak boleh digunapakai kerana pemain yang diturunkan hari ini, memperlihatkan sumbangan yang banyak terutama di awal permainan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Lima perlawanan awal Imigresen FC musim ini semuanya menentang pasukan utama liga, sekali gus menguji keupayaan barisan pemain.
“Malam ini saya rasa paling besar jumlah posisi yang kita berikan, cuma kita agak kurang dari segi mencipta peluang,” katanya.
Bagi Yusri, kekalahan itu turut membuktikan perubahan besar dalam skuad Kuching City di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Aidil Sharin Sahak.
Yusri tak sangka IFC tewas dengan jaringan besar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.