Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuann [VIDEO]

Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuann [VIDEO]

Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuann [VIDEO]

Umum mengetahui, pelakon, pengacara, dan model iaitu Syifa Melvin sebelum ini berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang sedang hamil cahaya mata kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Safawi Rashid.

Terkini, kakak kepada Syifa iaitu Syatilla berkongsi momen istimewa bahawa adiknya bakal menimang cahaya mata perempuan pada acara gender reveal yang diadakan bersama majlis hari lahir anak pertama Syifa iaitu Saif.

Malah, Syatilla dilihat turut melompat dan bersorak senang hati selepas meneka jantina bayi kedua Syifa dengan tepat.

“Gender reveal anak Syifawi! Mak Ngah menang! 🤣🤣.”-kapsyen Syatilla di TikTok

@samtilla82

Gender reveal anak syifawi!! MAKNGAH MENANG!!!!!!!!🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – SyatillaMelvin – SyatillaMelvin

“Tolong Jangan Lompat Yang Mak Ngah, Risau Kejadian Dulu..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat keluarga The Melvins ini yang sangat bersahaja dan happy-go-lucky.

Malah, ramai yang mengimbas kembali momen Syatilla yang melompat ke arah Syida hingga terjatuh pada acara gender reveal anak pertama Syifa pada 2023.

“Untung kau nyah kalini kau betul. Aku tak pernah teka betul.”-Syida Melvin

“Mentang-mentang dia menang, di-zoom nya muka orang-orang yang kalah 😆😂.”

“Santai betul buat kat playground je 😂😂.”

“Wey suka dengan depa ni simple jer buat kat taman.”

“Tolong jangan lompat ya mak ngah risau kejadian dulu berulang kembali 😂.”

“Tilla macam dok cari orang dia nak panjat 😂.”

“Kali ni Tilla dengan Syida elok tak bertenggek satu sama lain hahaha.”

“Kalau dia melompat dengan semangat tu dia betullah tu hahaha.”

Sekadar info, Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Syafawi Rashid pada 28 November 2022.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.

Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuann [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker