Suami tergamak bakar isteri enggan masak mi segera
Suami tergamak bakar isteri enggan masak mi segera

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas membakar isterinya hidup-hidup hanya kerana mangsa enggan memasak mi segera seperti yang diminta, lapor laman berita INews.
Kejadian berlaku di rumah sewa mereka di Cakung, Jakarta Timur pada 18 September lalu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, Inspektor Sri Yatmini berkata, situasi itu tercetus apabila suspek yang dikenali sebagai MA, meminta isterinya untuk memasak mi segera.
“Mangsa bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan MA dan hanya bermain telefon, menyebabkan mereka bertengkar.
“Selepas mangsa melarikan diri ke rumah ibunya, MA datang lalu menuang cecair bahan pelarut (thinner) pada mangsa dan menyalakan api,” kata Sri.
Mangsa melecur teruk dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Siasatan kes masih dijalankan. – AGENSI
Suami tergamak bakar isteri enggan masak mi segera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.