SPRM gempur syarikat dipercayai seludup tayar, palsukan dokumen sejak 2020
SPRM gempur syarikat dipercayai seludup tayar, palsukan dokumen sejak 2020

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menggempur beberapa syarikat dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup tayar serta pemalsuan dokumen import dan eksport sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai sekitar RM350 juta sejak tahun 2020 hingga kini.
Menurut sumber, serbuan itu dijalankan ke atas syarikat yang menjalankan perniagaan mengimport, gudang dan kontena penyimpanan tayar.
“Hasil serbuan, SPRM sudah membekukan akaun perbankan persendirian dan akaun syarikat yang membabitkan nilai anggaran kira-kira RM70 juta,” katanya hari ini.
Serbuan itu dijalankan menerusi operasi bersepadu iaitu Ops Grip diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di 23 lokasi sekitar Lembah Klang , Pulau Pinang dan Johor hari ini.
Serbuan itu dilakukan susulan pendedahan BH baru-baru ini mengenai pengabaian aspek keselamatan mekanikal kenderaan khususnya membabitkan isu tayar yang menjadi antara punca utama kemalangan ngeri di negara ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Walaupun kejadian ‘tayar terbang’ sering dilaporkan, namun Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya dan Permotoran Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri menyifatkan tindakan pencegahan oleh pihak berkuasa dilihat masih hambar.
Malah Jamil turut menyifatkan kejadian ‘tayar terbang’ itu umpama bom jangka kerana ia boleh berlaku tanpa diduga.
Dalam pada itu, sumber memaklumkan siasatan SPRM turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki sudah diperoleh sama ada pegawai kastam atau syarikat-syarikat pengimport tayar melalui aktiviti penggubahan wang haram.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan serbuan berkenaan dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Katanya, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui rasuah, pengubahan wang haram dan penyeludupan yang merugikan negara.
SPRM gempur syarikat dipercayai seludup tayar, palsukan dokumen sejak 2020
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.