Sembilan lelaki ditahan kes buli jalanan, ancam pemandu Myvi
Sembilan lelaki ditahan kes buli jalanan, ancam pemandu Myvi

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian ancaman dilakukan terhadap pemandu Perodua Myvi oleh segerombolan penunggang motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata semua suspek ditahan dalam serbuan di sekitar kawasan Puchong dan Shah Alam, awal pagi tadi.
“Semua suspek berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kita turut merampas tiga motosikal yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
“Mereka dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan usaha mengesan baki suspek lain sedang diteruskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Semalam, Muhamad Farid berkata, dianggarkan kira-kira 20 penunggang motosikal terbabit dalam kes ini dan usaha mengesan serta menahan semua mereka sedang dijalankan.
Satu rakaman video menunjukkan insiden itu turut tular di media sosial.
Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, pemandu Myvi berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tampil membuat laporan polis selepas dikepung kira-kira 20 penunggang motosikal berhampiran plaza tol berkenaan.
Rakaman video berdurasi 29 saat yang tular memaparkan kereta dipandu mangsa dikelilingi penunggang motosikal yang bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kenderaan seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan.
Seorang daripada mereka turut menumbuk cermin di bahagian pemandu sebelum menendang pintu sebelah sama, menyebabkan mangsa memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Sembilan lelaki ditahan kes buli jalanan, ancam pemandu Myvi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.