Saya sentiasa ‘Blue’ – Mourinho

Saya sentiasa ‘Blue’ – Mourinho

Saya sentiasa 'Blue' - Mourinho
MOURINHO memberi arahan ketika sesi latihan Benfica di Stamford Bridge. FOTO Reuters

London: Jose Mourinho menegaskan beliau akan disambut dengan mesra oleh penyokong Chelsea apabila bekas pengurus The Blues itu kembali ke Stamford Bridge bersama Benfica, awal pagi esok.

Kembalinya Mourinho ke barat London sempena aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ibarat satu kunjungan penuh kenangan.

Jurulatih berusia 62 tahun itu, yang pernah mengisytiharkan dirinya sebagai ‘The Special One’ ketika tiba di Liga Perdana Inggeris (EPL), membawa Chelsea menjuarai tiga gelaran liga, tiga Piala Liga dan satu Piala FA dalam dua era yang menjadikan namanya terpahat dalam sejarah kelab.

Disokong oleh kekayaan bekas pemilik kelab, Roman Abramovich, Mourinho mengubah Chelsea daripada pasukan yang sering gagal menjadi sebuah kelab juara.

Namun, kejayaan itu tidak menghalang penyokong Chelsea daripada menyanyikan lagu “you’re not special anymore” dan mencemuhnya ketika beliau kembali ke Stamford Bridge sebagai pengurus Manchester United dan kemudian Tottenham.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Kini selaku pengurus Benfica selepas dipecat oleh kelab Turki, Fenerbahce, Mourinho memulakan sidang media praperlawanan di Stamford Bridge dengan berkata beliau “bukan lagi seorang Blue”.

Namun, menyedari kenyataan itu mungkin mengundang reaksi negatif, Mourinho cepat menarik balik ucapannya dan menegaskan beliau masih menyayangi kelab itu dan menjangka layanan mesra daripada penyokong yang pernah mengaguminya.

“Sudah tentu saya akan sentiasa menjadi seorang Blue. Saya sebahagian daripada sejarah mereka dan mereka sebahagian daripada sejarah saya. Saya bantu mereka menjadi Chelsea yang lebih besar dan mereka bantu saya menjadi Jose yang lebih besar,” katanya kepada wartawan.

“Ia satu perkahwinan yang bahagia. Saya buat keputusan hebat. Sebab saya kembali kali kedua kerana saya sangat gembira pada kali pertama.”

“Bila saya kata saya bukan lagi seorang Blue, saya bercakap dari sudut profesional, tugasan saya esok.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


“Saya tak fikir penyokong Chelsea akan mengejek saya. Sekurang-kurangnya di jalanan, penyokong Chelsea yang paling kerap meminta autograf dan gambar.”

Gambar-gambar Mourinho meraikan detik kegemilangannya bersama Chelsea digantung di dinding bilik Ted Drake Suite, satu usaha untuk membuatkan jurulatih dari Portugal itu berasa seperti di rumah.

Isyarat itu tidak terlepas daripada perhatian Mourinho, yang berkata:

“Tidak banyak kelab yang melakukan perkara seperti ini. Di banyak kelab lain, seolah-olah mereka takut dengan masa lalu. Kadangkala mereka mahu padamkan individu yang telah mencipta sejarah. Ini menunjukkan Chelsea benar-benar kelab besar.”

Mourinho, yang masih memiliki rumah keluarga berhampiran Stamford Bridge, enggan memberikan tekanan kepada pengurus semasa Chelsea, Enzo Maresca, yang sedang dikritik selepas kekalahan berturut-turut kepada Manchester United dan Brighton musim ini.

Maresca berjaya membawa Chelsea layak ke Liga Juara-Juara dan menjuarai Liga Konferens UEFA musim lalu.

Saya sentiasa ‘Blue’ – Mourinho

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker