Sabronzo Ambil Masa Umumkan Pernikahannya
Nikah Pada Ogos Lalu
Sabronzo Ambil Masa Umumkan Pernikahannya
Khabar panas mengejutkan dunia hiburan Malaysia apabila netizen mendedahkan penyanyi terkenal Sabronzo dari kumpulan DOLLA telah berkahwin secara senyap sejak Ogos lalu, tapi baru umum kepada peminat baru-baru ini! Gambar viral di media sosial menunjukkan seorang wanita mirip Sabronzo dalam gaun pengantin putih bergaya Barat, berjalan mesra dengan lelaki berpakaian sut di pantai Bali. Komen netizen di laman media sosial mengatakan bahawa majlis diadakan awal September, tapi akad nikah berlangsung Ogos untuk elak perhatian awal.
Pengguna nama @3irdaa di X mengatakan, “They literally had their solemnization at the hotel I work at but ok,”. tambahnya lagi, “Lama jugak diorang tunggu untuk announce publicly sebab they married since August.”

Sabronzo mengeluarkan khabar melalui Instagram miliknya dengan gambar gaun pengantin dan pakaian Melayu, beserta emoji hati ♥️. Peminat banjiri dengan ucapan tahniah, walaupun ada yang sangsi gambar tersebut adalah AI. Walau bagaimanpun Universal Music Malaysia terus berdiam tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan artis bawah naungannya itu.
Namun itu hanyalah petikan komen dari netizen sahaja dan belum tentu kesahihannya itu benar. Apa-apa pun, sama-sama kita menunggukan kenyataan yang rasmi dari Sabronzo mengenai parkahwinannya itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Info tambahan, Wan Sabrina Wan Rusli, panggil Sabronzo, lahir 7 Mac 1995, penyanyi, rapper, penari utama DOLLA, kumpulan gadis Malaysia dibentuk pada 2019 oleh Universal Music. Ahli kumpulannya Angel dan Tabby selepas Syasya keluar pada 2024, DOLLA popular dengan album “Dolla Make You Wanna” (2020) dan lagu “Watch Me Glow”. Graduan Pemasaran California State University, melancarkan jenama solekan Bronz & Co pada 2021.
Sabronzo Ambil Masa Umumkan Pernikahannya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.