Pemilik syarikat perunding perkahwinan menipu pelanggan lebih RM300,000 ditahan

Pemilik syarikat perunding perkahwinan menipu pelanggan lebih RM300,000 ditahan

Pemilik syarikat perunding perkahwinan menipu pelanggan lebih RM300,000 ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik syarikat yang disyaki menipu apabila menawarkan pakej perkahwinan membabitkan kerugian lebih RM300,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata lelaki yang juga pemilik syarikat itu didakwa selepas 11 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, katanya, 11 laporan diterima, masing-masing tujuh di daerah Gombah, diikuti Sungai Buloh (dua), Ampang Jaya (satu) dan Sepang (satu), membabitkan kerugian keseluruhan bernilai RM309,299.

“Hasil siasatan awal mendapati semua mangsa membuat laporan polis ke atas satu syarikat didaftarkan atas seorang lelaki warga tempatan, menawarkan pakej perkahwinan kepada pelanggan.

“Mangsa yang tertarik dengan pakej ditawarkan berurusan dengan suspek. Dia kemudian menyuruh mangsa membuat transaksi secara atas talian dengan bayaran penuh, selepas perbincangan diadakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


“Suspek mendiamkan diri serta gagal dihubungi selepas mangsa selesai membayar pakej. Semua mangsa rasa ditipu dan membuat laporan untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan pakej ditawarkan serta sentiasa membuat semakan dan pengesahan mengenai kewujudan pakej terbabit dengan agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

 

Pemilik syarikat perunding perkahwinan menipu pelanggan lebih RM300,000 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker